9 Januari 2026 | Mahir – Forum Zon Borneo

9 Januari 226, NADI Kampung Sampat – Di bawah NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (Mahir), seramai 2 orang peserta Kelas Mahir Intake 3 dari NADI Kampung Sampat telah menyertai Forum Bahagian Borneo yang dianjurkan oleh pihak Mahir. Forum ini diadakan sebagai sesi pengenalan awal kepada peserta sebelum kelas bermula.
Antara pengisian forum adalah pengenalan tenaga pengajar, penerangan berkaitan kelas-kelas yang ditawarkan dalam program Mahir, skop pembelajaran, tugasan, platform yang digunakan, jadual kelas, SOP, serta kaedah pelaksanaan pembelajaran sepanjang Kelas Mahir Intake 3 berlangsung. Penyertaan ini membantu peserta memahami dengan lebih jelas perjalanan program dan persediaan yang diperlukan sepanjang tempoh pembelajaran.