19 Januari 2026 | Mahir Foto – Minggu 2 Asas Fotografi – Pengenalan & Sejarah Fotografi, Jenis-Jenis Kamera

19 Januari 2026, NADI Kampung Sampat – Di bawah NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (Mahir), Kelas Mahir Foto Minggu Ke-2 (Intake 3) telah berjaya dilaksanakan dengan tajuk “Asas Fotografi – Pengenalan & Sejarah Fotografi, Jenis-Jenis Kamera”.
Kelas ini memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas dunia fotografi, termasuk pengenalan fotografi, perkembangan dan sejarah fotografi, serta penerangan berkaitan jenis-jenis kamera yang digunakan dalam bidang ini. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami konsep asas fotografi sebagai persediaan sebelum mempelajari teknik dan kemahiran fotografi yang lebih lanjut.