21 Julai 2025 | Kelas Mahir Intake 2 Secara Dalam Talian Bermula 21 Julai 2025

21 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Program Kelas MAHIR Intake 2 telah pun bermula secara rasmi pada 21 Julai 2025, melibatkan pelbagai modul kelas kemahiran yang ditawarkan kepada peserta. Antara kelas yang dijalankan termasuk MAHIR Masak, Jahit, Pertanian Pintar, Baiki Gajet dan Fotografi.
Seperti edisi sebelumnya, semua kelas dijalankan secara atas talian, namun peserta hanya perlu hadir ke pusat NADI berdaftar untuk mengikuti sesi pembelajaran. Kemudahan peralatan serta sokongan fasilitator di pusat NADI memudahkan proses pembelajaran secara fleksibel.
Menariknya, kelas ini dijalankan setiap minggu dan percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran. Peserta juga dibenarkan untuk memilih masa kelas mengikut kelapangan masing-masing berdasarkan jadual kelas yang disediakan.
Sambutan bagi Intake 2 amat memberangsangkan, khususnya daripada golongan belia, suri rumah dan individu yang ingin menambah kemahiran baharu. Program ini terus menjadi platform berimpak tinggi dalam memperkasakan komuniti setempat melalui ilmu dan kemahiran praktikal.