NADI Kampung Sampat

9 Jun 2025, NADI Kampung Sampat – Pada minggu ke-17 Kelas Mahir Jahit yang berlangsung dari 9 hingga 14 Jun 2025, para peserta telah mempelajari teknik draf pola dan menggunting tudung dua lapis dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman. Sesi diteruskan dengan latihan menjahit tudung dua lapis sehingga siap, memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran menjahit yang lebih kemas dan profesional.

Di akhir minggu, peserta turut mengikuti kelas ‘recap’ atau ulangkaji bagi mengukuhkan kefahaman dan memperbaiki teknik jahitan masing-masing. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan minat mendalam para peserta dalam bidang jahitan, terutamanya dalam menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan.

Program ini terus memberi impak positif kepada komuniti melalui peningkatan kemahiran dan peluang menjana pendapatan.