NADI Kampung Sampat

12 Julai, NADI Kampung Sampat – Pada 12 Julai 2025 (Sabtu), telah berlangsung Bengkel Ulangkaji Menengah secara atas talian yang dianjurkan oleh TinyTechies dengan sokongan NADI dan Future Skills for All (FS4A) yang menyasarkan pelajar berumur 13 hingga 17 tahun dan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Peserta dari NADI Kampung Sampat telah mengambil bahagian secara aktif dalam sesi ini. Fokus utama bengkel adalah pengenalan kepada pengaturcaraan asas menggunakan Python, di mana peserta mempelajari konsep logik, struktur kawalan, serta membina projek mudah menggunakan kod.

Walaupun dilaksanakan secara dalam talian, bengkel ini tetap interaktif dengan bimbingan secara langsung oleh mentor berpengalaman. Penyertaan ini memberi pendedahan awal yang sangat bermanfaat kepada para peserta dalam dunia teknologi dan kemahiran digital abad ke-21.