30 Julai 2025 | Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies IoT Inovasi (Sekolah Menengah)

27 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Bengkel dalam talian bertajuk Unboxing Kit Tiny IoT Inovasi telah berjaya dilaksanakan menerusi platform LMS. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat: Tiny Techies yang memberi fokus kepada pelajar sekolah menengah dalam memperkenalkan teknologi Internet of Things (IoT) secara interaktif.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berpeluang mengenali komponen asas kit Tiny IoT serta cara penggunaannya dalam projek inovasi digital. Aktiviti hands-on dan demonstrasi secara langsung telah menarik minat peserta untuk terus meneroka bidang teknologi pintar.
Semoga bengkel ini dapat menyemai minat dalam kalangan pelajar untuk terus meneroka bidang teknologi dan inovasi pada masa hadapan.