26 Julai 2025 | Bengkel – Unboxing Kit Tiny Techies Robotik (Sekolah Rendah)

26 Julai 2025, NADI Kampung Sampat – Pada 26 Julai 2025, NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menganjurkan bengkel “Unboxing Kit Tiny Techies Robotik” yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah. Bengkel ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform LMS dan memberi pendedahan awal kepada peserta tentang dunia robotik secara interaktif dan menyeronokkan.
Peserta berpeluang membuka dan meneroka kandungan kit Tiny Techies sambil dibimbing oleh fasilitator secara langsung. Aktiviti ini bukan sahaja mencetuskan minat terhadap teknologi malah menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid sekolah rendah.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian!