NADI Kampung Sampat

7 November 2024, NADI Kampung Sampat-Program Shift & Shield telah dianjurkan untuk mendedahkan peserta kepada keselamatan siber dan cara mengatasi ancaman siber. Program ini juga memperkenalkan jenis-jenis jenayah siber termasuk pencerobohan data, penipuan dalam talian, serangan ransomware, pancingan data (phishing), dan jenayah pedofilia.

Peserta diajar langkah-langkah untuk melindungi diri seperti menggunakan kata laluan yang kuat, pengesahan dua faktor, mengemaskini perisian, berhati-hati dengan e-mel mencurigakan, dan menggunakan antivirus. Mereka juga diingatkan untuk menyimpan data peribadi dengan selamat dan tidak berkongsi dengan sesiapa.

Latihan praktikal membolehkan peserta menguji kefahaman mereka tentang langkah-langkah keselamatan siber. Program ini mendapat sambutan positif dan peserta kini lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan dalam dunia digital.