17 Disember 2024-, Kluster Asajaya dan Simunjan telah berjaya melaksanakan Program Safe and Shield di SK Sampun. Program ini menjadi satu inisiatif signifikan dalam memperkukuh pemahaman pelajar mengenai keselamatan siber dan mendidik mereka tentang kaedah berkesan melindungi diri di dunia maya. Fokus utama program ini adalah pendedahan terhadap ancaman seperti pancingan data dan perisian hasad, yang semakin berleluasa dalam era digital masa kini.
Lebih menarik, setiap pelajar dan guru menerima keahlian percuma NADI, membuka peluang kepada akses sumber teknologi dan program pembangunan diri yang berkualiti. Bagi tenaga pengajar, program ini turut menyediakan saringan kesihatan percuma sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting mereka dalam mendidik generasi masa depan.
Program ini bukan sekadar memberi pengetahuan, tetapi juga membentuk generasi celik siber yang bijak dan berwaspada. Dengan ilmu yang diperoleh, pelajar kini lebih yakin dan bersedia meneroka alam digital dengan selamat dan bertanggungjawab. Kejayaan ini membuktikan bahawa pendidikan keselamatan siber bukan lagi pilihan tetapi suatu keperluan penting dalam memastikan masa depan yang lebih selamat dan berteknologi.