NADI Kampung Sampat

19 November 2024– Kluster Asajaya dan Simunjan telah menjalankan program Safe and Shield untuk pelajar. Kluster Asajaya dan Simunjan yang terlibat ialah NADI Kampung Sampat, NADI Sebandi Ulu, NADI Pekan Asajaya, NADI Sadong Jaya dan NADI Tebelu. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang keselamatan dalam dunia maya dan cara mengatasi ancaman siber. Pelajar diajar mengenai bahaya siber seperti pancingan data dan perisian hasad.

Manfaat Program: Program ini berjaya melahirkan generasi yang lebih peka dan bijak dalam menangani ancaman siber. Semua pelajar dan guru turut mendapat keahlian percuma di NADI, memberikan mereka akses kepada pelbagai perkhidmatan dan program teknologi.